Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIVBahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

None holds them [aloft] except Ar-RahmanThe Salah Series

Kemanisan Al-Fatihah

Seperti yang dibincangkan sebelumnya, al-Fatihah adalah perbualan antara kita dan Allah s.w.t. Sepatutnya semasa membaca surah inilah kita paling khusyuk kerana kita telah diberitahu bahawa Allah akan menjawabnya. Apa yang selalu berlaku, al-Fatihah adalah surah yang paling kurang khusyuk kita kerana kita membacanya berulang-ulang, dan ini sepatutnya diubah.

Jika kita melihat kepada susunan perkataan dalam surah ini, tanya diri kita sendiri: mengapa Allah menyambung ayat pertama “segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam” dengan Ar-Rahman, Ar-Rahim “Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang?” Ibn Uthaymeen menyatakan ini kerana ketuhanan Allah adalah berdasarkan kasihNya. Apabila kit abaca bahawa Dialah Tuhan sekalian alam, soalan biasa akan timbul – Tuhan yang bagaimanakah? Dia menjawabnya menerusi ayat berikut:

1:3

“Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang” (Qur’an 1:3).

Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Amr Khaled, seorang pensyarah terkenal dari Mesir, menerangkan perbezaannya dengan cara berikut:

Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah) adalah apabila Allah mengurniakan kasihNya kepada semua hidupan di ala mini. Allah berfirman:

21:42

“Katakanlah: Siapa yang memeliharamu siang dan malam dari (seksaan) Rahman? Bahkan mereka itu berpaling dari peringatan Tuhannya” (Qur’an 21:42).

Namun begitu, Ar-Rahim (Yang Maha Penyayang) adalah apabila Allah mengurniakan kasihNya khas untuk orang-orang beriman. Contohnya, makan dan minum adalah rahmatnya yang umum, sedangkan beribadat kepada Allah dalam bulan Ramadhan adalah ganjaran khusus.

Dan mengapa Allah menyambung Ar-rahman Ar-Rahim dengan “yang menguasai hari pembalasan?” Jika ia adalah sebaliknya, hati kita tidak akan senang. Kita akan membacanya sebagai Allah adalah Tuhan, dan dia akan menghakimi kita pada hari akhirat, yang lebih mengetahu tentang kerohanian kita. Tapi Tuhan memberitahu kita tentang sifat kasihNya terlebih dahulu, supaya kita mempunyai harapan bukannya rasa tidak senang. Dialah yang menguasai hari tersebut.

Bayangan kasihNya

Adakah kita masih tidak merasa kasihNya? Lihat video berikut:

Lihat bagaimana harimau bintang itu memeluk anak babun – Subhanallah! Jika haiwan pemangsa ini boleh mengasihi sesuatu yang boleh menjadi mangsanya, bagaimana kita boleh meragui kasih Allah kepada ciptaanNya sendiri? Lihat bagaimana Rasulullah ﷺ menyatakan tentang kasih Allah:

Umar bin Al-Khattab meriwayatkan: “Sebahagian Sabi (tahanan perang, kanak-kanak dan wanita) dibawa mengadap Rasulullah ﷺ dan diperhatikan, terdapat seorang wanita di kalangan mereka yang mana apabila bertemu dengan anak yang ditawan, dia akan mengambilnya ke dadanya dan menenangkannya (dia telah kehilangan anaknya namun kemudian menemuinya), Rasulullah berkata kepada kami, ‘Adakah kamu fikir wanita ini boleh mencampakkan anaknya ke dalam api?’ Kami menjawab, ‘Tidak, jika dia mampu untuk tidak mencampakkankan anaknya (ke dalam api).’ Rasulullah ﷺ bersabda, ‘Allah s.w.t. lebih kasihkan hambaNya daripada wanita ini terhadap anaknya.’” (Bukhari)

Jadi kita menaruh harap akan keampunan, kesabaran, dan kasih Allah pada hari akhirat kelak. Tapi kita perlu berusaha dan ingat pesanan Allah:

20:82

“Sesungguhnya Aku amat pengampun bagi orang yang taubat dan berimant serta mengerjakan yang baik, kemudian ia mendapat petunjuk” (Qur’an 20:82).

Adakah kita akan menjadi orang yang dikurniakan rahmatNya? Begitulah harapnya, insyaAllah, dan itu sebabnya kita mesti berusaha – untuk menunjukkan kita benar-benar mahukannya.

Anda ingat kunci rahsia itu? Bercakap dengan Allah s.w.t. Apabila anda membaca Ar-Rahman Ar-Rahim, ingatlah Allah menjawab dengan “HambaKu telah menyanjungKu.” Biarkan hati anda lembut dengan mengetahui bahawa anda sedang berbicara mesra dengan Dia yang Maha Penyayang kepada anda.

Print Friendly

1 Comment

  1. syahida says:

    subhanAllah..hopefully Allah will make us from the people who always repent to Him

Leave a Reply

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

More in Malay (12 of 29 articles)