Penamat


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIVBahagian XV|Bahagian XVIBahagian XVIIBahagian XVIIIBahagian XIXBahagian XXBahagian XXIBahagian XXIIBahagian XXIIBahagian XXIII | Bahagian XXIVBahagian XXVBahagian XXVIBahagian XXVII | Bahagian XXVIII

2822846819_9495c3bce0_b

Jika Rasulullah ﷺ membaca tashahhud yang pertama, baginda kemudiannya akan bangun untuk rakaat ketiga dengan takbir (Bukhari/Muslim). Jika baginda di tashahhud akhir, baginda membaca:

اللهم صلي على محمد وعلى آل محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد

 

“Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya. Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim. Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini. Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.” (Bukhari/Muslim).

Sekarang mari kita perhatikan maknanya dengan lebih mendalam:

  • Sampaikan selawat (salam) kepada Muhammad ﷺ: anda meminta Allah untuk memuliakan dan mengangkat darjatnya, seperti dikatakan Ibn Hajar.
  • Sampaikan berkat kepada Muhammad ﷺ: anda meminta Allah untuk menambahkan berkat kepada Rasulullah ﷺ, bermakna untuk memberi Rasulullah ﷺ kebaikan yang Allah telah kurniakan kepada Ibrahim a.s. sebagaimana ia berganda dan bertambah.

Rasulullah ﷺ memberitahu kita tentang kelebihan menyampaikan selawat kepada baginda:

من صلى عليَّ صلاة واحدة، صلى اللَّه عليه عشر صلوات، وحُطت عنه عشر خطيئات، ورُفعت له عشر درجات

“Jika seseorang dari umatku menyampaikan salam kepadaku, Allah akan memberkatinya sepuluh kali, sepuluh kebaikan akan dicatat baginya dan sepuluh keburukan akan dihilangkan daripadanya.” (Nisa’I, sahih).

Setelah menyampaikan salam kepada Rasulullah ﷺ

Apabila Rasulullah ﷺ mendengar seorang lelaki mengagungkan dan memuji Allah, dan menyampaikan salam kepada Rasulullah ﷺ dalam solatnya, baginda berkata kepadanya: “Berdoalah, dan doamu akan dimakbulkan; mintalah dan kamu akan dikurniakan.” (Nasa’i).

Perhatikan bagaiman tashahhud itu sama seperti adab ketika meminta adeyah kita dimakbulkan: memuji Allah, mendoakan dan menyampaikan selawat ke atas Nabi ﷺ, dan kemudian kita diberi peluang berdoa, yang mana Rasulullah ﷺ memberitahu kita Allah akan memakbulkan InsyaAllah.

Baginda kemudian memberitahu kita untuk membaca: “Apabila salah seorang daripada kamu telah selesai tashahhud (akhir), mintalah perlindungan Allah daripada empat perkara dengan:

اللهم إني أعوذ بك من عذاب القبر وعذاب النار وفتنة المحيا والممات وشر (فتنة) المسيح الدجال

“Ya Allah! Aku mohon perlindunganMu daripada azab kubur, dan azab api neraka, dan daripada ujian hidup dan mati, dan daripada kejahatan Dajjal.’ Kemudian dia patut berdoa kepada dirinya sendiri atas apa yang menimpanya.” (Muslim)

Jika kita baru bertemu seseorang, dan akan berpisah, kita bertanya, “Anda perlukan apa-apa daripada saya?” Rahmat Allah sememangnya lagi melimpah-ruah. Pada akhir pertemuan singkat kita denganNya, seolah-olah Dia memberitahu kita, “Ada apa-apa lagi yang kamu mahu?” dengan mengurniakan kita doa penutup ini.

Tasleem

Seterusnya, Rasulullah ﷺ akan menyampaikan salam ke kanan dengan:

السلام عليكم ورحمة الله

“Salam dan sejahtera ke atas kamu dengan rahmat Allah dan baginda akan berpusing ke sebelah kiri dan mengulangi salamnya.” (Tirmidhi).

Kadang-kadang, seseorang akan menambah salam kanannya dengan:

وبركاته

“dan berkatNya (ke atasmu).” (Abu Dawud)

Sesudah solat

Rasulullah ﷺ kemudiannya akan memohon keampunan sebanyak tiga kali – kita patut mengamalkannya untuk memohon keampunan  atas sebarang kekurangan di dalam solat kita. Banyak doa yang boleh diamalkan, dan boleh dirujuk di sini.

Tetapi ada sesuatu yang kita patut berhati-hati, dan Rasulullah ﷺ juga bimbangkan kita tentangnya. Baginda berkata:

لو لم تكونوا تذنبون لخفت عليكم ما هو أكبر من ذلك العُجْب العُجْب

“Jika kamu tidak berdosa, aku lebih bimbangkan kamu sesuatu yang lebih dahsyat, dan itulah ujub” (Bayhaqi).

Bermakna, sekarang kita telah memperbaiki solat kita insyaAllah dan telah tingkatkan kekhusyukan kita, janganlah menganggap kita ini lebih baik daripada orang lain. Ibn Al-Qayyim mengatakan bangga dengan diri sendiri akan membatalkan amalan kita! Kita patut ingat semua solat-solat kita yang serba kekurangan dahulu, dan sedar bahawa apa saja kebaikan yang kita buat, semuanya daripada Allah, seperti firmanNya dalam Qur’an:

وما بكم من نعمة فمن الله

“Apa-apa nikmat yang ada padamu, maka ia daripada Allah…” (16:53)

Dan semua yang kita katakan selama ini, tidaklah lebih daripada sekadar setitik air daripada lautan berkaitan dengan rahsia dan keindahan solat.

Semoga kita amalkan apa yang telah dipelajari, dan menjadikan setiap solat sebagai suatu pertemuan suci dan indah dengan Allah. Amin.

Print Friendly

1 Comment

  1. Ramlah Arifin says:

    Assamualaikum, baru jumpa laman ini. Ilmu yang sangat baik. Semoga ramai orang Malaysia lawati SuhaibWebb.com.

Leave a Reply

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

More in Malay (1 of 29 articles)