Lebih daripada sekadar pergerakan


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Nikmat

Sekarang ini kita bersetuju bahawa kita mestilah datang bersolat dengan perasaan, dan solat yang tidak disertai dengan perasaan itu adalah kisah lama. Ini kerana solat kita bukan sekadar pergerakan; solat kita bermaksud kita berdiri di hadapan Allah, bercakap dengan Dia. Ada satu isi terakhir yang perlu kita bincangkan kenapa kita cintakan Allah – dan itu adalah nikmat dan rahmatNya. Ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Allah berfirman dalam Al-Qur’an:

وَإِن تَعُدُّوا نِعْمَتَ اللَّهِ لَا تُحْصُوهَا

“[…] dan jika kamu hitung nikmat Allah, tiadalah sanggup kamu menghitungnya,” (14:34).

Apabila kita mendengar ayat ini, ia membuatkan kita berhenti dan fikir tentang apa yang kita ada: dari iman kepada keluarga kita, kesihatan, pendidikan; juga perkara-perkara yang kita lupa untuk hargai seperti boleh bercakap, berjalan, melihat dan sebagainya. Mungkin cara lain untuk betul-betul merasa nikmat ini adalah cuma fikir tentang suatu rahmat yang kita benar-benar kita hargai, kenang kembali bagaimana ia telah mmemanfaatkan kita, dan bayangkan hidup kita tanpanya. Hidup tanpa rahmat itu sendiri amat susah – bayangkan kesemua rahmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Di sini kita akan memperkatakan tentang dua rahmat ini: iman dan aman.

Iman ناميإ

Kita beruntung, kerana kita tahu siapa Tuhan kita, dan Tuhan kita adalah Satu. Ramai orang mencari Tuhan dalam ciptaan-ciptaan yang lain; sama ada binatang, orang, harta benda, atau sekadar mengagumi diri sendiri. Sedangkan ketika kita bersolat, kita tahu kita akan menghadap Allah. Allah berfirman,

إِنَّنِي أَنَا اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا أَنَا فَاعْبُدْنِي وَأَقِمِ الصَّلَاةَ لِذِكْرِي

Sesungguhnya Akulah Allah. Tidak ada Tuhan kecuali Aku, sebab itu sembahlah aku dan dirikanlah sembahyang untuk mengingatKu” (20:14)

Aman نمأ

Kita akan membicarakan tentang dua jenis keselamatan: dalaman dan luaran. Sebahagian contoh keselamatan dalaman adalah sistem pertahanan imun kita. Sementara kita melakukan tugasan harian kita, jarang kita sedar apa sebenarnya yang berlaku di dalam badan kita. Sel darah putih kita telah dilatih untuk menyerang penyakit-penyakit merbahaya yang cuba memasuki sistem badan kita. Lihat di sini:

Ketul bulat yang besar itu adalah sel-sel darah putih dan bulatan yang lebih kecil itu adalah sel-sel darah merah, dan bentuk seperti semut itu adalah bakteria. Tanpa kita perlu berusaha sendiri, sel-sel darah putih kita bekerja setiap hari untuk melindungi kita.

Bagaiman dengan keselamatan luaran? Pernahkah seseorang bangun pada waktu pagi menyedari, contohnya seseorang ingin membunuhnya? Atau menunggu seseorang untuk merompaknya pada waktu malam? Bayangkan penduduk-penduduk Gaza atau Iraq, yang mana mereka tidak tahu jika mereka masih hidup keesokan harinya, atau di Mexico di mana keganasan penyalahgunaan dadah dengan mudahnya dapat meragut nyawa seorang kanak-kanak yang ingin ke sekolah. Dan kita patut renung diri kita, banyaknya nikmat yang kita lupa untuk hargai.

Haya ءايح

Sekarang kita akan beralih kepada perasaan yang lain – haya, atau malu – kerana kekurangan perkataan alih bahasa yang lebih sesuai. Apabila kita bersolat, kita perlu ada perasaan ini. Sesetengah orang akan bertanya, mengapa saya perlu malu kepada Tuhan? Jawapannya kerana Allah Maha Penyabar dengan kita. Tak ada sesiapa yang lebih sabar dengan kita, walau apa yang telah kita lakukan, melainkan Allah. Dia telah memberikan kita kemudahan, tapi kita masih melakukan dosa dengannya, Dia kemudiannya melindungi kita supaya orang lain tidak tahu tentang dosa kita, dan tidak terus menghukum kita. Dengan semua ini, Dia masih menerima taubat kita; dan bukan itu sahaja, Dia malu jika dia tidak mengabulkan permintaan manusia, apabila mereka mengangkat tangan meminta sesuatu daripada Allah, seperti dalam sabda Rasulullah ﷺ menurut Ahmad. Jadi masakan kita tidak berasa malu apabila kita berdiri di hadapan Allah ketika solat?

Mintalah pada Allah untuk membantu menyempurnakan solat kita.

Print Friendly

No Comments

    Leave a Reply

    Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

    More in Malay (23 of 29 articles)