Halangan menuju ketenangan


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Gangguan!

Artikel-artikel sebelumnya adalah untuk melembutkan hati – menekankan lebih kepada Allah dan hubungan denganNya supaya kita datang kepada solat dengan menyedari kita berdepan dengan Siapa. Kita mesti ingatkan diri kita dengan semua yang telah kita belajar sebelum bersolat, supaya kelemahan kita sebelum ini berkurang dan solat kita menjadi lebih bermakna.

Namun bagi kebanyakan kita masih ada sesuatu yang memberatkan. Ya, kita cintakan Allah dan takutkan Dia, kita berharap pada kasih sayangNya, namun kita masih tidak mampu untuk khusyuk. Pelbagai ingatan akan menjengah ke minda kita: kita teringat di mana kita letakkan kunci yang telah hilang, kita mula berangan untuk menyelamatkan dunia atau merancang makanan untuk malam nanti. Semua ini berlaku sebaik sahaja kita mengangkat takbir “Allahu Akbar” untuk memulakan solat kita. Dan ingatan ini berakhir apabila solat kita berakhir. Mengapa?

Mungkin satu cara untuk mengelakkan kita daripada hanyut dalam gangguan ini adalah dengan mengetahui bahawa kita hanya akan mendapat ganjaran apabila kita menghadirkan hati. Adalah solat kita tidak sah jika kita terganggu? Tidak, ia tidak batal. Namun dari segi ganjaran solat, ada bezanya. Rasulullah ﷺ bersabda:

إِنَّ الْعَبْدَ لَيُصَلِّي الصَّلَاةَ مَا يُكْتَبُ لَهُ مِنْهَا إِلَّا عُشْرُهَا تُسْعُهَا ثُمُنُهَا سُبُعُهَا سُدُسُهَا خُمُسُهَا رُبُعُهَا ثُلُثُهَا نِصْفُهَا

“Seseorang hamba itu bersolat dan hanya mendapat satu persepuluh daripada solatnya, atau satu persembilan, atau satu perlapan, atau satu pertujuh, atau satu perenam, atau satu perlima, atau satu perempat, atau satu pertiga atau separuh” (Abu Dawud, Ahmad).

Ini kerana:

ليس للمرء من صلاته إلا ماعقل منها

“Seseorang itu hanya mendapat ganjaran untuk bahagian solatnya di mana dia sedar(Abu Dawud).

Tapi janganlah pula kita rasa kecewa dan fikir “kalau begitu, baik aku tak payah solat” atau “saya tak akan mampu melakukannya.” Bayangkan seseorang yang berjalan di padang pasir yang terik dan salah satu sandalnya terputus, jadi dia berjalan dengan hanya sebelah sandal. Kemudian dia berkata, “Alah, sebelah kaki sudah mula membakar, baik biarkan yang sebelah lagi terbakar juga!” dan dia membuka sandal yang satu lagi, bukannya cuba membaiki sandal yang terputus itu. Kita akan kata orang ini kurang bijak, atau bodoh; sedangkan kita akan jadi seperti orang ini jika kita berputus asa dalam solat kita.

Kunci rahsia

Akhirnya masa untuk membongkar kunci rahsia. Bukannya suatu yang susah, tapi boleh mengubah cara kita bersolat dengan drastik. Sebelum kita bongkar, mari kita tanyakan: setiap tahun bilakah masanya kita selalunya akan lebih khusyuk? Jawapannya mudah: Ramadhan. Dan bila dalam Ramadhan? Mungkin ketika qiyamullail. Dan bila kita dapati mata-mata akan dibasahi dengan airmata yang mengalir? Pastinya ketika berdoa selepas solat witir apabila ramai yang akan berada di belakang imam. Cuba teka? Inilah ketikanya apabila mereka menggunakan kunci rahsia.

Bagaimana? Ketika ini, kita rasa seperti kita bercakap dengan seseorang dan kita menunggu respon. Ini akan membawa hati dan fikiran kita kepada solat, dan inilah ketika kita akan merasa kemanisan bersolat.

Kunci rahsianya? Tiga kenyataan mudah:

1.     Bercakap dengan Tuhan anda

2.     Berhubung dengan Tuhan anda

3.     Berbicara dengan Tuhan anda

Rasulullah ﷺ bersabda:

إذا كان أحدكم في الصلاة فإنه يناجي ربه

“Apabila mengerjakan solat, seseorang itu berbicara dengan asyik dengan Tuhannya” (Bukhari, Muslim).

Adalah dilaporkan dari ulama Ibn Uthaymeen berkata apabila seseorang itu mula bersolat, dia patut merasakan seolah-olah dia telah memasuki jajahan Tuhannya dan sedang berbicara denganNya.

Masalahnya kita tidak merasakan yang solat kita adalah penghubung kepada Tuhan; ia kononnya menjadi seperti monolog. Padahal apabila kita membaca “Alhamdulilahi Rabb Al-`Alameen” kita sepatutnya betul-betul menjiwai bahawa kita menyatakan kepada Allah segala puji dan terima kasih kepadaNya. Dalam sujud, fikirkanlah sesuatu seperti “jangan tinggalkan aku ya Allah, aku tidak ada sesiapa melainkan Kau, aku tetap di pintuMu,” untuk benar-benar merasa bahawa anda memberitahu Allah apa di dalam hati anda. Kita tidak perlu mengulangi bacaan yang sepatutnya, tapi perlu membacanya dengan perasaan kepada Allah – dengan cara ini, kesemua solat kita akan menjadi seperti solat witir bersama imam di bulan Ramadhan.

Ketika bersujud, ramai di antara kita membaca bacaan yang sepatutnya dan mungkin menambah sedikit doa yang kita ingat. Tapi salah seorang yang hebat dahulu mengetahui makna kedudukan ini dan dia akan berdoa dan berkata “Ya Allah, hambaMu ini, di syurga atau di neraka?” Lihat kepada kemesraan itu – dia tahu bahawa dia berada begitu dekat sekali dengan Allah dan merasakan seperti dia sedang bercakap dengan Allah dalam sujudnya.

Bukan sekadar artikel

Sememangnya mudah untuk membaca artikel-artikel ini dan mengangguk, mungkin selepas mempelajari satu atau dua perkara dan berfikir, “Saya sudah maklum perkara ini.” Mari pergi lebih daripada sekadar tahu – amalkan apa yang kita pelajari. Mari tolong sesama kita untuk berjaya dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

1.     Cari pasangan yang anda selesa dengannya. Setiap kali sebelum solat, ingatkan satu sama lain bahawa anda akan berbicara dengan Allah. Ingatkan sesama anda tentang sifat-sifat Allah atau perkara-perkara yang anda syukuri, atau kenyataan bahawa anda memerlukan pengampunan.

2.     Sebaik sahaja anda melangkah ke sejadah, angkat takbir dengan penuh kesungguhan. Bayangkan anda akan meninggalkan dunia ini, dan jiwa anda sedang dibawa kepada Allah dan anda akan memulakan bicara kemesraan. Tiada apa dalam dunia ini yang boleh menggugat anda.

Moga Allah menjadikan solat kita seperti solat Rasulullah ﷺ, para sahabat r.a. dan orang-orang yang benar. Amin.

Print Friendly

1 Comment

  1. Nadia says:

    AMEEN YA RABBALALAMIN!

    Subhana’Allah beautiful article.

Leave a Reply

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

More in Malay (22 of 29 articles)