Dengan Nama Tuhan


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

3006398832_7e816b1b93_oThe Salah Series

Sekarang kita telah sampai di bahagian yang indah, di mana kita menyebut nama yang amat indah – basmalah (memulakan solat dengan menyebut bismillah ar-Rahman ar-Raheem – dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang). Menyebut nama yang mulia ini patut memberikan suatu ketenangan dan keselamatan kepada kita di mana-mana dan bila-bila masa – adakah hati tenang tanpa mengingatiNya? NamaNya adalah suatu yang hebat untuk berada di dalam hati seseorang Muslim, sebagaimana namaNya tidak disebut pada sesuatu yang kecil melainkan akan dibesarkannya dan tidak pada sesuatu yang hebat melainkan ia dirahmati lagi. NamaNya begitu ajaib, sebagaimana ia menjauhkan bahaya di semua tempat pada bila-bila masa. Rasulullah ﷺ bersabda:

Sesiapa yang berhenti rehat di suatu tempat patut menyebut: “Aku mohon perlindungan dengan perkataan Allah yang sempurna daripada kejahatan yang datang daripada yang diciptakanNya,” dan tiada apa yang akan membahayakannya sehingga dia bangkit.” (Muwatta)

Jika anda membacanya, Allah s.w.t. akan melindungi anda di mana saja anda berada, insyaAllah. Bagi melindungi daripada bahaya sepanjang masa, Rasulullah mengatakan sesiapa menyebut:

“بِسمِ اللهِ الذي لا يَضُرُّ مَعَ اسمِهِ شَيءٌ في الأرْضِ وَلا في السّماءِ وَهوَ السّميعُ العَليم”
من قالها ثلاثاً إذا أصبح وثلاثاً إذا أمسى لم يضره شيء

“Dengan nama Allah yang dengan namaNya akan terhalanglah segala sesuatu di bumi dan di langit, untuk menimpakan bencana, dan Dia Maha Mendengar dan Maha Mengetahui” sesiapa yang membacanya tiga kali pada waktu pagi dan tiga kali pada waktu petang, tiada apa yang akan membahayakannya.” (Abu Dawud, Tirmidhi, Ibn Majah, Ahmad)

Ibn Al-Qayyim bertanya jika inilah kehebatan pada nama, apatah lagi empunya nama itu? Seseorang yang betul-betul sayangkan kekasihnya, suka menyebut nama yang disayanginya itu. Dalam kisah popular Qaisy dan Laila, yang sebelumnya dipanggil “Laila Majnun,” kerana dia menjadi gila kerana cintanya. Ayah Qaisy mahu membawanya menunaikan haji supaya mabuk cintanya dapat dirawat. Apabila mereka mengerjakannya, Qaisy kelihatan semakin baik. Namun menjelang hari-hari terakhir, semasa mereka di Mina, seorang lelaki yang kehilangan saudara perempuannya mula memanggil-manggil “Laila! Laila!” Setiap kali dia memanggil nama tersebut, hati Qaisy akan terasa pedih mendengarkan nama tersebut, dan mabuk cintanya kembali dengan lebih hebat. Alangkah bagusnya kalau kita dapat merasakan cinta seperti itu untuk Pencipta kita!

Dalam ayat Qur’an ini, Allah (swt) berfirman:

8:45

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu bertempur denghan kaum (kafir itu), hendaklah kamu tetap, serta ingatlah kepada Allah sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kamu beroleh kemenangan.” (Qur’an, 8:45)

Dalam ulasannya, Ibn Taimiyah menyatakan orang beriman gemar mengingati Allah yang disayangi mereka, walaupun dalam keadaan ini. Antara, seorang pejuang dan penyajak pra-Islam, menulis satu sajak tentang ingatannya kepada Abla, seorang wanita yang dicintainya, apabila anak panah mengenanya. Sepertimana mereka mengingati orang yang dicintai semasa bertempur, Allah memberitahu kita supaya mengingatiNya dalam pertempuran.

Ibn Al-Qayyim menyatakan keindahan orang yang bercinta adalah ketika bersendirian bersama yang dicintainya. Dia menyatakan Ibn Taimiah akan meninggalkan Bandar untuk ke padang pasir dan menikmati masa bersendirian dengan Allah s.w.t. Sepertimana para penyajak terdahulu akan merasa tenang apabila mengenangkan orang tersayang, kita patut merasa lebih tenang apabila mengingati Allah s.w.t. Adakah kita ada sesiapa selain Allah? Siapa yang menjawab doa kita kalau bukan Dia? Siapa lagi yang lebih mengasihi kita?

Lantas, apabila membaca “Bismillahir rahmanir rahim,” ia menandakan permulaan kepada bicara anda dengan Allah. Apabila anda mula membaca surah pembuka Qur’an, surah al-Fatihah, Allah akan menjawab anda. Ibn Jareer berkata dia hairan dengan orang yang membaca Qur’an tanpa memahaminya, bagaimana mereka boleh merasa kemanisannya? Hanya Al-Fatihah surah yang kita tahu Allah menjawab kepada kita. Apakah rahsianya?

Al-Fatihah

Ayat pertama yang kita baca selepas basmalah ialah:

1:1

“Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.” (Qur’an, 1:1)

Al-Hamd adalah memuji dan berterima kasih kepada Allah, dan Hamd adalah berdasarkan cinta (mahabbah) dan hormat (ta’dheem). Ia mempunyai maksud yang mendalam, dan insyaAllah kita akan menceritakan dengan terperinci tentangnya dalam artikel akan datang. Frasa ini amat hebat hingga Rasulullah ﷺ berkata:

الحمدلله تملأ الميزان

Alhamdulillah memenuhi timbangan.” (Muslim)

Kita patut mengucapkan Alhamdulillah untuk semua rahmat yang kita dapat, serta sedar bahawa mengucapkan Alhamdulillah itu sendiri adalah suatu rahmat – kerana ramai lagi yang tidak tahu bersyukur kepada Allah.

رب العالمين

Ayat ini bermaksud “Tuhan sekalian alam.” Hanya Tuhan yang mempunyai kuasa dan pemilik kepada semua orang dan segalanya. “Sekalian alam” merujuk kepada semua ciptaan, termasuklah manusia, jin, malaikat, binatang dan lain-lain, yang setiap satunya boleh dirujuk sebagai satu ‘alam’. Contohnya ‘alam malaikat’, ‘alam binatang’, ‘alam manusia’ atau ‘alam jin’. Ini meliputi kecil mahupun besar; bahkan bakteria dan sel-sel mempunyai alam mereka sendiri. Kita selalunya tidak menyedari kebesaran Allah menyebabkan kita lupa akan kuasa Allah ke atas setiap ciptaanNya.

Untuk menunjukkan betapa rumitnya suatu alam, ambil contoh sel darah putih katakana. Satu titik darah mengandungi dalam 7,000 hingga 25,000 sel darah putih pada satu-satu masa.

Yang perlu diucapkan hanyalah:

1:2

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam. (1:2)

Insha’Allah minggu depan, kita akan sambung meneroka makna Surah Al-Fatihah.

Print Friendly

1 Comment

  1. Atikah says:

    Terima kasih..artikel ini benar2 telah mengingatkan saya tentang kekuasaan dan kebesaran Allah SWT.Manusia sering alpa dan lalai dalam nenjalani kehidupan seharian.Sehingga ada yang tersasar dari ajaran Islam yang sebenarnya.
    Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan moga anda dilimpahi rezeki.Amin.

Leave a Reply

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

More in Malay (14 of 29 articles)