Bagaimana merasa kemanisan bersolat


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian I | Bahagian II | Bahagian III | Bahagian IV | Bahagian V | Bahagian VI | Bahagian VII | Bahagian VIII | Bahagian IX | Bahagian X |Bahagian XI |Bahagian XII | Bahagian XIII |Bahagian XIV | Bahagian XV | Bahagian XVI | Bahagian XVII | Bahagian XVIII | Bahagian XIX | Bahagian XX | Bahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Dengan nama Tuhan yang Maha Pemurah, Maha Penyayang. Segala puji bagi Tuhan, selawat serta salam ke atas Nabi junjungan.

2687377398_326de2019c_b

Seketika tadi, sebuah rancangan Arab disiarkan dengan tajuk ”كيف تتلذذ بالصلاة؟” yang bermaksud “Bagaimanadapat kamu merasa kemanisan bersolat? Oleh seorang da’iya muda Kuwait bernama Mishary Al-Kharaz. Bagi kebanyakan kita, khusyuk ketika dalam solat itu turun naik. Apa itu khusyuk? Ia adalah keadaan minda yang mengandungi ketenangan, kedamaian, martabat dan rasa rendah diri ketika dalam solat, yang bertunas dari dalam hati seseorang ketika berdiri di hadapan Allah dengan penuh kelemahan dan kepatuhan. Kadangkala ketika dalam solat, kita begitu khusyuk dan memahami setiap perkataan; namun ada ketikanya ia hanyalah sekadar pergerakan ibadah, tidak lebih dari itu. Insya’Allah, saya akan cuba merumuskan perkara-perkara utama dalam rancangan ini setiap minggu.

Kisah Ansar dan Muhajirin

Dalam sunan of Abu Dawud, telah diriwayatkan dengan rantaian yang baik (hasan), di mana dalam salah satu peperangan, Nabi Muhammad ﷺ telah melantik dua pengawal, seorang dari puak Muhajirin dan seorang lagi dari puak Ansar. Pada suatu masa, lelaki Ansar itu telah bangun untuk bersolat namun lelaki Muhajirin itu tidak mahu menyertai kerana mahu tidur. Seorang lelaki musyrikin yang terlihat peristiwa ini telah melepaskan anak panah ke arah lelaki Ansar yang sedang bersolat. Panah itu mengena, namun lelaki Ansar itu berusaha dengan sedaya upaya untuk mencabut panah itu dan meneruskan solat dengan darah yang mengalir. Lelaki musyrikin itu kemudiannya melepaskan satu lagi anak panah. Lelaki Ansar itu berjaya mencabut panah itu dan meneruskan solatnya. Namun, lelaki Ansar itu tidak dapat menahan sakit akibat panah ketiga, dan terus rukuk dan sujud. Ketika inilah lelaki Muhajirin itu terjaga, lantas terlihat rakannya itu dibasahi darah. Lelaki musyrikin yang menyedari kejadian itu terus melarikan diri. “Subhanallah! Mengapa kamu tidak kejutkan aku ketika kamu mula-mula dipanah?!” tanya lelaki Muhajirin itu. Lelaki Ansari itu menjawab, “Aku sedang membaca surah yang aku gemar, dan aku tidak mahu ia terhenti.” Allahu Akbar! Bayangkan keadaan orang ini bersolat.

Kemanisan bersolat

Solat merupakan salah satu bentuk pengabdian yang cantik. Apabila seseorang itu bertaslim* untuk mengakhiri solatnya, dia pasti mendapat ketenangan. Ibn Al-Jawzi ada mengatakan tentang solat:

إنا في روضة طعامنا فيها الخشوع و شرابنا فيها الدموع

“Kita di dalam sebuah taman, di mana khusyuk menjadi makanan kita, dan air mata yang mengalir itu adalah minuman kita.”

Bagi seseorang yang betul-betul khusyuk di dalam solatnya, jiwanya langsung tidak bersama dirinya; bak kata Ibn Taymiyya, jiwanya sebenarnya sedang berlegar-legar di ‘Arasy Allah.

Seseorang mungkin berpendapat itu hanya berlaku di kalangan orang dahulu kala. Tiada siapa yang dapat merasa seperti itu lagi sekarang. Namun ini tidak benar; seseorang itu perlu menyedari kepentingan solat dan menyelongkar rahsia khusyuk untuk merasa kemanisan yang unik ini. Solat itu kemudiannya menjadi pelindung anda; penghilang tekanan anda; sesuatu yang dinanti-nantikan; dan sesuatu yang anda harapkan berkekalan.

Mari kita membongkar rahsia-rahsia ini dan berhubung dengan sebenar-benarnya dengan Tuhan kita ketika solat.

Langkah pertama

Langkah pertama ialah dengan membetulkan pemahaman kita tentang khusyuk. Khusyuk bukan sekadar bermakna bahawa anda sedang menumpukan perhatian dan tidak terganggu. Menghadirkan hati hanyalah sekadar tahap pertama khusyuk. Ia seolah-olah anda baharu sahaja melepasi pintu masuk, dan kemudiannya perlu meneroka seluruh isi rumah. Ada pelbagai tahap untuk mencapai khusyuk.

Sesetengah orang mungkin berkata menghadirkan hati itu sahaja sudah sukar. Sebelum bersolat, kita perlu melihatnya secara perspektif. Katakan kita memperuntukkan masa 10 minit untuk bersolat. Ia sama dengan 50 minit sehari, tidak sampai sejam pun. Baki 23 jam lagi adalah untuk urusan duniawi. Jadi tidak bolehkah kita peruntukkan 50 minit ini hanya untuk Allah, atau kita mahu menggunakannya untuk urusan duniawi juga?

Fikirkan perkara ini sebelum anda bersolat, supaya diri anda tidak mengatakannya terlalu susah untuk fokus – kerana anda boleh. Ingatlah kemanisan berada di hadapan Allah adalah melebihi kemanisan duniawi yang menggangu tumpuan anda.

Peringkat terhebat

Ada peringkat yang lebih hebat, iaitu pemahaman. Fahami betul-betul apa yang anda sebut dan hayati. Dalam rancangan itu, Mishary Al-Kharaz menyatakan: “Mari saya kenalkan dengan salah satu pesaing terbesar anda dalam solat.” Tahukan anda siapa yang diperkenalkannya?

Salah satu tiang di dalam masjid. Ya, tiang fizikal yang sebenar. Mana-mana tiang, sama ada anda di rumah, tempat kerja, atau masjid, adalah pesaing anda. Mengapa?

Kerana jika anda berdiri dalam solat, ia berdiri lebih lama. Apabila anda sujud, ia sujud lebih lama. Anda bertasbih, ia bertasbih lebih lama. Bagaimana? Allah berfirman di dalam Qur’an:

وَإِنْ مِنْ شَيْءٍ إِلَّا يُسَبِّحُ بِحَمْدِهِ وَلَكِنْ لَا تَفْقَهُونَ تَسْبِيحَهُمْ

“..dan tidak ada sesuatu (makhluk) pun kecuali ia bertasbih memuji Tuhannya, tapi kamu tidak memahami tasbih mereka,” (Qur’an, 17:44).

Dan:

أَلَمْ تَرَ أَنَّ ٱللَّهَ يَسْجُدُ لَهُۥ مَن فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَن فِى ٱلْأَرْضِ وَٱلشَّمْسُ وَٱلْقَمَرُ وَٱلنُّجُومُ وَٱلْجِبَالُ وَٱلشَّجَرُ وَٱلدَّوَآبُّ وَكَثِيرٌۭ مِّنَ ٱلنَّاسِ ۖ وَكَثِيرٌ حَقَّ عَلَيْهِ ٱلْعَذَابُ

“Tidakkah kamu melihat hanya Allah yang disembah oleh semua yang di syurga dan semua yang di bumi dan matahari, bintang, gunung, pokok, ciptaan bergerak dan kebanyakan manusia? Namun telah ditetapkan azab kepada kebanyakan mereka.” (Qur’an, 22:18).

“Tapi saya baca Qur’an!” jawab anda. Bukan anda saja yang membaca Qur’an.

Jika anda bertanya kepada tiang, atau burung kakak tua, apa yang mereka faham, mereka tidak akan menjawab. Jadi kita perlu bertanya diri kita – adakah kita lebih baik dari mereka? Apakah maknanya apabila kita menyebut “sami’a Allahu liman hamida“? Bagaimana dengan tahiyyat? Bukan sekadar maksudnya, namun maksud yang lebih mendalam. InsyaAllah melalui siri ini kita akan memahami maksud-maksud tersebut supaya kita kita boleh mencapai tahap kekhusyukan ini.

Satu perkara lagi…

Jangan berkata, “Tapi saya tak boleh!” Bagaimana mungkin Allah memerintahkan kita supaya khusyuk dalam solat tetapi ia adalah mustahil untuk kita lakukan? Walaupun bahasa Arab bukanlah bahasa pertama anda – adakah Allah tidak tahu bahawa Islam akan tersebar jauh dan luas? A’udhubillah daripada terfikirkan perkara sebegitu.

Jadi ingatlah bahawa anda boleh. Usaha, dan anda boleh mencapainya insyaAllah. Ingatlah Allah Maha Pemurah, lebih pemurah daripada apa yang kita sangkakan. Jika selangkah anda mendatangiNya dengan berjalan, Dia akan datang berlari kepada anda. Firman Allah:

وَٱلَّذِينَ جَٰهَدُوا فِينَا لَنَهْدِيَنَّهُمْ سُبُلَنَا ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلْمُحْسِنِينَ

“ Orang-oang yang berjuang (dalam menunaikan hak) Kami, nescaya kami tunjuki mereka ke jalan Kami.” (Qur’an, 29:69)

Jadi bismillah, dan insyaAllah marilah berdoa apabila sampai ke penghujung nanti, kita akan menjadi lebih khusyuk daripada sebelum-sebelumnya.

* “Tasleem” ialah melafazkan salam ketika di penghujung solat

Print Friendly

7 Comments

  1. Wow masyaallah! Saya tidak sangka Suhaib Webb akan terjemahkan artikelnya pada bahasa Melayu… :)

  2. Dawud says:

    This is what you call Baraka! :D

  3. Daniel Zain says:

    Alhamdulillah, terima kasih kepada Imam Suhaib, ‘team’ suhaibwebb.com & terutama sekali kepada Aisyah untuk terjemahannya.

    Semoga anda semua mendapat ganjaran yang terbaik dari Allah s.w.t

  4. Amir Zain Hamza says:

    Salam, MashaAllah rasa terharu lah pulak. Jazakallah atas terjemahan yang baik

  5. Nadia says:

    Syukran. May Allah s.w.t rewards you for a good deeds.
    ^__^

  6. Chandra Ismaill says:

    Ass ww
    Saya Br Ismaill dari Indonesia yang dulu pernah di Oklahoma City, jazakallah khoir atas terjemahannnya tentang sholat yang begitu bagus. Semoga bermanfaat bagi kita semua. Wass ww Chandra Ismaill

  7. Amalina says:

    Masyaallah i will try mu best.amin

Leave a Reply

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

More in Malay (28 of 29 articles)