Ampunkan aku


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIVBahagian XV|Bahagian XVIBahagian XVIIBahagian XVIIIBahagian XIXBahagian XXBahagian XXIBahagian XXIIBahagian XXIIBahagian XXIIIBahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII | Bahagian XXVIII

2474531879_1df8e3561a_b
Selepas sujud yang pertama, Rasulullah ﷺ akan mengangkat kepalanya, meletakkan kaki kirinya ke lantai dan duduk dengan selesa (Ahmad).

Baginda berkata “Apabila kamu sujud, sujud dengan bersungguh, apabila bangkit darinya, duduk di atas paha kirimu” (Bukhari).

Rasulullah ﷺ akan memanjangkan duduknya sehingga hampir sama panjang dengan sajdahnya (Bukhari dan Muslim). Baginda menyebut:

رب اغفر لي اغفر لي

“Ya Tuhanku! Ampunkan aku, ampunkan aku.” (Ibn Majah)

Keampunan

Dalam bacaan di atas, ramai antara kita yang tahu maksud umum ‘maghfira’ atau keampunan. Tapi memandangkan kita sedang mempelajari makna mendalam tentang perkataan-perkataan dan pergerakan semasa solat, kita juga perlu tahu signifikan mendalam tentang perkataan-perkataan ini. Ibn Al-Qayyim berkata maghfira adalah menghapuskan dosa, membuang kesan-kesannya dan mencegah kejahatannya. Ia diambil daripada perkataan mighfar, yang bermaksud helmet besi yang dipakai oleh seorang pejuang untuk melindungi dirinya. Dan seperti suatu mighfar yang melindungi pemakainya daripada serangan, maghfira (keampunan) melindungi seseorang daripada kesan-kesan dosa. Dan seperti mighfar yang menutup kepala pejuang itu, maghfira menutup kesalahan seseorang. Oleh itu apabila Allah mengurniakan maghfira, Dia melindungi anda daripada kesan-kesan dosa anda dan menutup kesalahan itu daripada orang lain. Itulah yang kita cari apabila kita menyebut “Rabbi ighfir-ly.

Dua sujud

Dalam setiap rakaat solat, kita rukuk sekali dan sujud dua kali. Pernahkah terfikir kenapa? Ibn Al-Qayyim mengatakan kerana sujud merupakan rukun yang penting dalam solat, signifikannya terserlah dengan pengulangan itu. Kita mahu merasakan keindahan berada dekat dengan Allah, oleh itu kita sujud lagi.

Kita mulakan solat dengan bacaan, dan mengakhiri dengan sujud, sama seperti surah pertama yang diturunkan kepada Rasulullah ﷺ Ia bermula dengan:

“Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menjadikan.” (Qur’an, 96:1)

Dan berakhir dengan:

“Sekali-kali janganlah begitu, janganlah engkau ikut orang yang bersalah itu dan sujudlah (kepada Allah) dan hampirkan diri (kepadaNya).” (Qur’an, 96:19)

Doa lain

Sementara doa yang selalu dibaca disebutkan di atas, ada satu lagi yang lebih padat:

رب اغفر لي وارحمني {واجبرني} {وارفعني} واهدني {وعافني} وارزقني

“Ya Tuhanku! Ampunkan aku, rahmati aku, kuatkan aku, angkatlah darjatku, berikah hidayah kepadaku, ampunkan aku, kurniakan rezeki kepadaku.” (Tirmidhi)

Semoga Allah mengizinkan kita untuk merasa setiap kepentingan dalam gerakan solat. Amin.

Print Friendly

Leave a Reply

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

More in Malay (3 of 29 articles)