“Dan rukuk bersama mereka yang rukuk…”


Oleh Jinan Bastaki | Diterjemahkan oleh Aisyah Yuhanis

Siri Solat (Prayer Series in Malay) English Version

Bahagian IBahagian IIBahagian IIIBahagian IVBahagian VBahagian VIBahagian VIIBahagian VIIIBahagian IX | Bahagian XBahagian XIBahagian XIIBahagian XIIIBahagian XIVBahagian XV|Bahagian XVIBahagian XVIIBahagian XVIIIBahagian XIXBahagian XXBahagian XXI | Bahagian XXII | Bahagian XXII | Bahagian XXIII | Bahagian XXIV | Bahagian XXV | Bahagian XXVI | Bahagian XXVII

Rukoo`

Rukuk: Pergerakan Luaran

Bersedia untuk solat bermakna sedar dengan siapa kita akan berjumpa – Allah (swt), Tuhan kita, yang Maha Penyayang dari kalangan yang menyayangi. Kita mencantikkan diri kita dari luaran kerana kita akan bertemu Allah, dan kita merendahkan diri kita dari dalaman apabila kita menghadap Yang Maha Tinggi. Kita berada di antara takut dan harap, tapi diselubungi oleh rasa cinta. Apabila kita membaca al-Fatihah, kita berhenti pada setiap ayat untuk menghayatinya, dan tahu bahawa Allah menjawabnya. Apabila kita membaca surah pendek selepasnya, kita sedar ayat-ayat itu adalah mesej untuk kita.

Pergerakan rukuk

Apabila selesai membaca surah pendek selepas al-Fatihah, kita patut berhenti sejenak seperti yang dilakukan oleh Rasulullah ﷺ (seperti yang diriwayatkan oleh Abu Dawud), dan mengangkat takbir “Allahuakbar”. Ingat bahawa di antara setiap pergerakan kita menyebut “Allahuakbar”. Ini untuk mengingatkan kita bahawa Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya – walau apa pun yang datang di minda kita dan apa jua kebimbangan yang datang. Kemudian kita tunduk rukuk. Apabila kita tunduk, kita patut ikut tindakan Rasulullah ﷺ yang bersabda:

“Apabila rukuk, letakkan tapak tangan di atas lutut, dan jarakkan jari-jemarimu, dan tetaplah pada kedudukan itu sehingga semua anggota berada di kedudukannya yang betul,” (Ibn Khuzaimah). Dalam riwayat yang lain, baginda menambah yang kita patut meluruskan belakang kita (Abu Dawud).

Ramai di antara kita yang rukuk dan sujud dengan laju, sedangkan pentingnya untuk kita melakukannya dengan kadar yang betul. Rasulullah ﷺ pernah melihat seorang lelaki yang tidak rukuk dengan sempurna, dan terkejar-kejar untuk sujud yang membuatkan dia kelihatan seperti mematuk dan baginda berkata:

لو مات هذا لمات على غير ملة محمد صلى الله عليه وسلم مثل الذي لا يتم ركوعه وينقر في سجوده مثل الجائع يأكل التمرة والتمرتين لا تغنيان عنه شيئا

“Jika lelaki ini mati dalam keadaan begini, dia akan mati dalam iman selain daripada Muhammad – perumpamaan seseorang yang tidak rukuk dengan sempurna dan mematuk dalam sujudnya seperti orang lapar yang makan satu atau dua kurma, yang mana tiada berguna langsung baginya” (Tabarani).

Mengapakah Rasulullah ﷺ menggunakan contoh yang sedemikian? Kerana kita menunaikan solat kita seperti orang yang secara rohaninya lapar dan dahaga, mencari perlindungan daripada kebimbangan dunia ini. Ia tidak masuk akal untuk seseorang yang lapar untuk hanya makan satu atau dua kurma jika dia sebenarnya boleh dapat lebih banyak, ia juga tidak masuk akal untuk kita terkejar-kejar dalam rukuk dan sujud kita.

Doa rukuk

Seperti yang dibincangkan sebelumnya, ada pelbagai doa pembukaan, begitu juga dengan doa rukuk. Kita patut cuba menghafal mereka dan pelbagaikan bacaan kita supaya kita tahu setiap satunya dan supaya ia bukan sekadar bacaan yang kita ulang-ulang.

1- Kita patut baca 3 kali:

سبحان ربي العظيم

Subhaana Rabbiy al-‘Adheem
“Maha Suci Tuhan yang Maha Agung” (Ahmad, Abu Dawud).

Apabila kita membaca “Subhaan Allah” atau “Subhaana Rabbiy,” kita mengasingkan Allah daripada sebarang ketidaksempurnaan atau ketidaksucian atau daripada segala yang menghinakan. Dan kita menyebut “Rabbiy” yang bermaksud “ya Tuhanku” supaya kita merasa dekat denganNya dan cinta denganNya.

2-

سبوح قدوس رب الملائكة والروح

Suboohun Qudoos, Rabb al-Mala’ikati wa al-Rooh
“Yang Disanjung, Suci, Tuhan segala Malaikat dan Roh” (Muslim).

Subooh berasal dari kata akar yang sama dengan subhan, iaitu Sa-Ba-Ha, dan merupakan lanjutan daripada subhan, bermaksud Yang Disanjung iaitu yang dipuji-puji dan disanjung amat. Telah dibahaskan oleh para sahabat apakah maksud ‘Roh’ itu, ramai yang berkata ia merujuk kepada Jibril a.s., ada yang berkata ia adalah suatu lagi malaikat lain yang hebat, dan ada juga yang berkata ia adalah suatu kejadian yang menakutkan sehinggakan para malaikat pun tidak dapat melihat. Allah lagi mengetahui.

3-

سبحانك اللهم وبحمدك اللهم اغفرلي

Subhaanak Allahuma wa bihamdik, Allahuma ighfirli

“Maha Suci Engkau ya Allah. Segala puji bagiMu. Ya Allah ampunkanlah aku” (Bukhari, Muslim).

Minggu depan, kita akan bincangkan tentang kecantikan dalaman rukuk insyaAllah.

Print Friendly

Leave a Reply

Notify me of followup comments via e-mail. You can also subscribe without commenting.

More in Malay (7 of 29 articles)